My Blog List

my friends

Monday, August 2, 2010

Kaedah Memotivasikan Dalaman Untuk Meningkatkan Konsep Kendiri

Manusia sebagai organisme yang bermotivasi

Perkataan motivasi pada asasnya boleh dikatakan sebagai satu bentuk dorongan dalaman yang dialami oleh manusia atau pun haiwan lain. Asas perkataan motivasi diperolehi dsari pada perkataan latin yang bermaksud untuk gerak dan inilah yang menjadi asas kepada konsep tersebut. (Beck 1983) mengatakan bahawa motivasi asalah saatu istilah yang menerangkan tentang beberapa vasiasi pada tingkah laku manusia seperti mengapa seseorang itu lebih tekun dari pada individu lain.

Manusia selalu mengarahkan tingkahlaku yang diarah kepada sesuatu matlamat. Umpamanya, manusia serta haiwan juga, memerlukan air untuk menghilangkan dahaga, makanan untuk mendapatkan tenaga, udara untuk hidup dan perbagai yang lain. Ini membuktikan bahawa kesemua tingkah laku manusia mempunyai matlamat, tidak kira tingkah laku yang dipaparkan itu rasional mahupun abnormal. Dengan itu, manusia dikenali sebagai yang bermotivasi.

Motivasi intrinsik

Motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat individu bagi melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap ataupun meminta ganjaran. Sebagaimana yang sudah dibincangkan, Bruner (1966) mengaitkan motivasi intrinsik ini dengan naluri ingin tahu dan dorongan mencapai kecekapan bagi murid yang baru masuk sekolah. Bagaimanapun, bukan semua motivasi intrinsik diwujudkan secara semula jadi. Terdapat juga motivasi intriksik dibentuk daripada pembelajaran dan pengalaman yang membawa kepuasan. Contohnya, tabiat membaca buku cerita dan bermain alat muzik adalah gerakan motivasi intrinsik yang dibentuk daripada pembelajaran dan pengalamannya. Harter (1981) mengenal pasti lima dimensi kecenderungan motivasi intrinsik dalam bidang pembelajaran. Dimensi-dimensi ini adalah cabaran, insentif bekerja bagi memuaskan minat dan sifat ingin tahu, percubaan penguasaan yang bebas, penilaian yang bebas berkenaan apa yang hendak dilakukan di dalam kelas dan kriteria dalaman untuk kejayaan.

Pelajar yang lebih cenderung ke arah motivasi intrinsik sukakan pekerjaan yang mencabarkan. Mereka mempunyai insentif yang lebih untuk bekerja bagi memanfaatkan kepuasan diri sendiri daripada mengambil hati guru bagi mendapat gred yang baik. Mereka lebih suka mencuba mengatasi masalah dengan sendiri daripada bergantung pada bantuan ataupun bimbingan guru. Mereka juga menerapkan suatu sistem penguasaan matlamat dan taraf penilaian yang membolehkan mereka membuat penilaian bebas berkenaan kejayaan ataupun kegagalan mereka di dalam kelas tanpa bergantung pada guru bagi mendapat maklumat ataupun penilaian.

Motivasi ekstrinsik

Motivasi ini wujud apabila seseorang individu dimotivasikan oleh factor-faktor luaran seperti ganjaran dan dendaan terhadap aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh pelajar. dengan aktiviti ini diharap pelajar dapat memenuhi objektif pembelajran. Dalam kebenyakan kes, motivasi ekstrinsik membantu pelajar ke arah orientasi pemenuhan tugasan yang dilakukannya

Ahli-ahli motivasi ekstrinsik sentiasa menggunakannya dalam bentuk hadiah, gred, kemudahan atau memuji di sekolah-sekolah dan juga di dalam masyarakat tetapi masih wujud juga kritikan terhadap unsur-unsur motivasi. Jadi moitvasi ekstrinsik sedikit sebanyak mewujudkan situasi ketidakselesaan terhadap guru untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, penggunaan hadian dan ganjaran mengurangkan motivasi dan keinginan terhadap pembelajaran dalam konteks pembelajaran yang sebenar. Selain itu pelajar juga boleh menghadkan keinginan dan pembelajaran yang hendak diuji oleh guru sahaja dan bukan secara menyeluruh. Ramai guru mengalami situasi di mana pelajar sentiasa bertanya sama ada topik atau subtopik tersebut disoal dalam peperiksaan.

Bagaimana Memotivasi Diri Anda?

1. Bina Matlamat yang Jelas, Tumpu dan Fokuskan Usaha untuk Mencapainya

Perkataan moitvasi adalah berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris - " moitvasition " yang mana perkataan asalnya ialah " moitiv" yang juga telah dipinjam oleh Bahasa Melayu / Bahasa Malaysia kepada motif yakni bermaksud tujuan. Oleh itu, tidak dapat anda tolak bahawa kunci utama yang memotivasikan diri kita dalam apa keadaan sekali pun adalah tujuan atau motif anda. atau, dalam kata-kata yang lebih mantap; matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita anda.

Ini bererti, jika anda sudah mempunyai matlamat atau tujuan-tujuan yang jelas dalam kehidupan anda, anda dengan sendirinya sudah mempunyai pendorong yang menggerakkan serta mengarah tuju anda untuk bertindak ke arah mencapai matlamat-matlamat anda.

Seseorang yang tidak mempunyai matlamat hidup yang jelas, akan seolah-seolah meniti kehidupannya seperti berjalan dalam kegelapan yang tidak pasti akan ke mana sampainya.

Oleh kerana itu, binalah matlamat atau apa juga yang anda ingin sekali capai atau miliki dalam kehidupan anda dengan jelas. Matlamat anda itu akan menjadi kompas dan pendorong kehidupan anda.

Fokuskanlah segala perhatian dan tenaga anda ke arah mencapai matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita anda itu.

"Motivasi adalah sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakan-tindakannya sama ada secara negatif atau positif." - Taidin Suhaimin

2. Tanamkan dan Pegang Falsafah bahawa untuk Berjaya Kita Mesti Benar-Benar Serius, Dedikasi dan Usaha Sungguh-Sungguh

Tahap kepentingan sesuatu yang seseorang ingin capai, memberi kesan terhadap tahap kesungguhan seseorang itu berusaha. Ketekunan atau sikap tidak kenal putus asa sebenarnya adalah terhasil daripada kemantapan dan kejelasan matlamat anda. Lagi penting atau besar ertinya sesuatu yang anda hasratkan, akan lebih terdorong dan bersungguh-sungguhlah anda berusaha. Secara tidak anda sedari atau sedari, matlamat anda yang sangat jelas itu disokong pula oleh pegangan hidup yang berlandaskan "kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya" akan memberi peringatan dan dorongan kuat kepada anda berusaha bersungguh-sungguh. Ini kerana, anda percaya bahawa hanya dengan cara itu sahajalah anda boleh mencapai kejayaan. Ini dengan sendirinya pula akan meningkatkan darjah atau tahap kesungguhan, semangat atau motivasi diri anda untuk berusaha lebih gigih terutamanya dalam suasana di mana anda mendepani cabaran kuat.


"Motivasi adalah darjah atau tahap kesungguhan dan tempoh keterusan seseorang, berusaha untuk mencapai tujuan atau matlamat." - Taidin Suhaimin

"Motivasi adalah stimulasi atau semangat akibat rangsangan atau keghairahan terhadap sesuatu yang benar-benar diingini." - Taidin Suhaimin

3. Tanamkan Semangat Berani & Keyakinan Diri yang Tinggi

Salah satu sebab utama kenapa motivasi seseorang itu menjadi lemah ialah apabila timbul ketidakyakinan pada diri sendiri. Seseorang yang tidak yakin biasanya akan kalah sebelum pun melakukan apa yang patut dilakukannya untuk mencapai kemenangan.

Oleh itu, untuk mencapai kejayaan, seseorang itu mesti berani. "Berani kerana benar, takut kerana salah. Anda mestilah tanamkan keberanian positif pada diri anda.

Agar anda lebih yakin dan berani, anda mestilah tahu benar-benar apa yang anda harus lakukan untuk mengatasi ketakutan atau mencapai kejayaan. Ini bererti, anda hendaklah mempunyai perancangan dan pelan tindakan mantap yang bertindak sebagai rangka panduan, penguat fikiran dan hati anda serta tindakan anda dalam menangani apa juga cabaran, halangan yang anda hadapi.

Artikel Dkemaskini pada: 25 Februari 2010. oleh: Taidin Suhaimin

MOTIVASI DIRI

Mengapa kita harus memotivasikan diri ?

Ø Motivasi diri sendiri adalah tenaga yang mengangkat diri seseorang itu ke sebarang tahap yang diingininya.


Ø Orang yang benar-benar berjaya sentiasa sedar akan tanggungjawabnya dalam motivasi diri sendiri. Peluang akan berada di mana-mana bagi anda yang bermotivasi tinggi.

Orang yang bermotivasi diri akan bertindak, orang yang tidak bermotivasi hanya berjanji.

Jika anda tidak dapat memanfaatkan tenaga dan potensi anda sendiri maka mental anda akan pudar sepanjang hayat.

Tips-tips penting memotivasikan diri

Ø Keinginan seseorang akan hanya dicapai sekiranya ada tenaga motivasi dalam diri .
Ø Kejayaan seseorang itu bergantung kepada kesedaran pentingnya memotivasikan diri.
Ø Mengabaikan tenaga motivasi diri sendiri membawa seseorang menuju kegagalan.
Ø Memotivasikan diri sendiri sebelum memotivasikan diri orang lain.
Ø Individu yang benar-benar telah memotivasikan diri akan menikmati sebarang peluang yang datang padanya tanpa mengira masalah dan kesusahan.
Ø Individu yang mempunyai motivasi akan sentiasa bergiat cergas dalam sebarang aktiviti manakala individu yang tiada motivasi dalaman akan duduk diam tanpa sebarang tindakan positif.
Ø Perkara utama yang harus dilaksanakan oleh seseorang itu ialah perancangan bagi memperolehi tenaga motivasi diri sendiri serta perlaksanaannya.

Mempertingkatkan motivasi diri

1. Mempunyai matlamat – jangka pendek dan jangka panjang
2. Kenal diri – kekuatan dan kelemahan
3. Bercita-cita untuk berjaya
4.
Ada perancangan dan ikut perancangan
5. Usaha berterusan
6. Jangan biarkan diri selalu dibuai dalam keadaan selesa
7. Tampal kata-kata hikmat dan baca selalu
8. Ikuti majlis ilmu
9. Dapatkan sokongan / semangat jika anda tiada semangat
10. Melakukan kerja-kerja sukarela – hidup lebih bermakna dan ceria


Sifat-sifat Kejayaan


Ø Fikiran yang tetap
Tetapkan matlamat untuk diri sendiri di dalam satu jangka masa yang ditentukan. Pastikan jangka masa matlamat tercapai.
Ø Perancangan
Kemahuan hendaklah dirancang terlebih dahulu.
Ø Semangat dan Azam
Azam yang kuat dan semangat yang kental hendaklah dipupuk dengan sempurna.
Ø Percaya Kepada Diri Sendiri
Kepercayaan kepada diri sendiri dan kebolehan sendiri hendaklah diutamakan.

Merancang Masa Depan Anda

Ø Senaraikan perkara yang akan dilakukan setiap hari, minggu dan bulan.
Ø Laksanakan mengikut keutamaan contoh : buat homework secepat mungkin tanpa menunda ke hari lain.
Ø Gunakan masa terluang dengan sebaiknya seperti ke perpustakaan, menelaah, cari bahan rujukan, bincang dengan rakan dan guru
Ø Buat kerja remeh pada pusingan produktiviti rendah contohnya waktu petang – perbincangan
Ø Minimakan gangguan – contoh : lepak di bilik kawan, tonton VCD, chat dan menonton
TV


http://portal.uum.edu.my/portalbm/ekaunseling/mkk/artikel.htm?id=4
-- Edited by bruneiteam at 06:47, 2005-10-04 .
MOTIVASI DIRI 02 Mar 2004

Konsep Diri

Konsep diri ialah apa yang kita fikir tentang diri kita sendiri. Konsep diri seseorang menjawab pertanyaan, Aku ini siapa? Seseorang mungkin menjawab pertanyaan itu dengan berkata, Aku ini seorang Melayu, seorang seniman ,seorang ayah, seorang yang pemaaf dan lain lagi. Jawaban seperti ini menunjukkan seseorang itu mempunyai banyak konsep diri, sebanyak mana dia menilai dirinya sendiri. Konsep diri seseorang itu sangat kuat pengaruhnya keatas cara-cara bagaimana dia memproses apa jua maklumat berkenaan dirinya sendiri dan bagaimana dia memandang diri individu –individu lain.

Konsep diri adalah asas personaliti seseorang. Apabila seseorang itu mengubah konsep dirinya, personalitinya dan tingkah lakunya berubah selaras dengan konsep dirinya yang baru itu.

Konsep diri mempunyai kaitan yang kuat dengan kejayaan di tempat kerja. Individu-individu yang berjaya mencapai cita-cita mereka mempunyai konsep diri positif manakala mereka yang gagal mempunyai konsep diri negatif. Kajian yang dijalankan ke atas indiviu yang berjaya mendapat mereka memiliki konsep diri positif, manakala individu yang tidak menunjukkan sebaliknya. Perkara ini sangat besar kesannya ke atas kejayaan di tempat kerja.

Konsep diri dan keyakinan diri

Keyakinan diri adalah unsur penting untuk menjadi pemimpin yang berkesan. Walau bagaimanapun pakar-pakar belum dapat mengesahkan mengapakah sesetengah individu mempunyai konsep diri yang amat positif manakala sesetengah orang mempunyai konsep diri negatif tetapi mereka percaya konsep diri seseorang itu sangat dipengaruhi oleh maklum balas yang diterima sepanjang hidupnya. Sekiranaya seseorang itu sejak kecil-kecil lagi sudah biasa menerima maklum balas yang positif daripada ibu bapa, adik beradik dan kawan-kawannya, maklum balas itu mendorongnya membina kondep diri positif. Dengan kata lain, konsep diri ialah bayangan apa orang-orang kata tentang diri kita.

Sumber konsep Diri

Apabila seseorang itu menganggap dirinya seorang yang istimewa apakah dia dengan sedar membuat tanggapan seperti itu akan dirinya? Menurut pakar-pakar psikologi, seseorang itu tdak membina konsep dirinya atas kemahuannya sendiri.

Konsep diri seseorang itu bukan hanya apa yang diciptanya. Sebaliknya individu-individu lain turut mempengaruhi konsep diri individu berkenaan. Ini berlaku apabila seseorang itu menerima maklum balas tentang dirinya daripada individu-individu yang penting dalam hidupnya.

Semakin seorang itu dewasa semakin ramai jumlah individu yang mempengaruhi konsep dirinya. Mereka termasuklah rakan sebaya, guru-guru, rakan sekerja, jiran tetangga, kekasih dan lain-lain. Kata-kata yang diterima daripada mereka sangat beasar pengaruhnya keatas konsep diri individu berkenaan. Sungguhpun seseorang itu membina konsep dirinya sendiri, tetapi dia melakukan itu tanpa disedarinya, iaitu ada tiga sumber antara lain:

1.Pendapat orang-orang lain

apabila seseorang itu sering mendengar individu-individu lain memujinya sebagai seorang yang pintar, maka akan timbul keyakinan dalam dirinya bahawa dia seorang yang pintar. Seseorang itu mengetahui apa tanggapan orang terhadap dirinya daripada cara-cara bagaimana individu lain bercakap kepadanya dan daripada cara melayannya. Daripada kata-kata layanan orang-orang kepadanya, barulah seseorang itu dapat membina konsep dirinya. Apabila seseorang itu dilayan dengan cara-cara positif, dia akan membina konnsep diri yang positif dan begitulah sebaliknya.

2. Perbandingan dengan orang lain

dengan cara ini individu-individu lain berfungsi sebagai konsep diri yang utama. Apabila seseorang itu hendak mengetahui sejauh mana dirinya mempunyai sesuatu bakat dan kebolehan, maka dia dapat membendingkan dirinya dengna individu-individu lain deseskelilingnya.

3. Penilaian Diri

bagaiman seseorang itu mentafsir dan menilain tingkah laku dan fikirannya sendiri.. perbuatan dan tingkah laku seseorang menyebabkan individu-individu lain mempunyai persepsi imej berkenaan diri individu itu. Ini menyebabkan individu lain itu bercakap dan melayannya dengan cara positif, begitu juga sebaliknya.

Klasifikasi motif manusia

Manusia boleh dimotivasi melalui berbagai cara. Manusia juga mempunyai pelbagai bentuk kehendak serta dorongan dalaman. Oleh itu satu cara untuk mengenai motif-motif ini adalah melalui satu system klasifikasi yang baik. Salah satu perkara psikologi yang memberi satu sistem klasifikasi motif-motif manusia dalam bentuk piramid kehendak dan membentuk klasifikasi tersebut dalam bentuk hierarki.

Dalam bentuk hierarki ini, Maslow mengatakan yang manusia harus memenuhi setiap kehendak pada setiap tahap dalam hierarki tersebut. kehendak ini bermula pada tahap terbawah sekali iaitu keperluan fisiologi seperti makanan, air, udara, tempat tinggal, pakaian dan lain-lain keperluan yang paling asas. Setelah semua ini terpenuhi, Maslow mengatakan yang barulah manusia bermotivcai untuk bergerak ke tahap dua iait tahap stimulasi. Pada tahap ini, kehendak-kehendak seperti mengenali alam sekelilignya serta mencuba sesuatu yang baru perlu di pusatkan. Andai kata pada masa ini manusia menghadapi masalah pada tahap pertama seperti kekurangan makanan, ia secara automatik akan kembali ke tahap tersebut untuk memuaskan kehendak itu.

Tahap ketiga adalah tahap kehendak keselamatan dan jaminan. Di tahap in ia akan menentukan kesejahteraan dirinya seperti mempunyai pekerjaan yhang tetap dan bagi mereka yang lain, akan memenuhi keperluan –keperluan seperti membeli rumah yang baik. Jaminan dan keselamatan in adalah untuk mengisi dan memenuhi keperluan-keperluan sebelum in dan ada untuk keperluan-keperluan akan datang.

Seterusnya manusia akan bergerak ke tahap empat iaitu tahap untuk mereka akan memulakan hubungan bermakna dengan orang lain. Peringkat keperluan in dekenali sebagai tahap keperluan kasih sayang dan kepunyaan . pada tahap ini manusia akan memenuhi keperluan disayangi dan menyayangi serta mempunyai serta dipunyai. Hubungan mesra suami isteri adalah contoh yang tepat.

Tahap lima hierarki kehendak ini adalah keperluan penghargaan kendiri. Manusia yang bermotivasi untuk memenuhi kehendak ini akan cuba mencari kepuasan hidup dan kerjayanya. Ia ingin dihormati sebagai seorang yang berkebolehan dan telah menyumbang sesuatu kepada masyarakat.

Tahap dipuncak piramid kehendak Maslow adalah keperluan untuk kesempurnaan kendiri. Maslow mencatatkan bahawa pada peringkat ini, manusia ingin sedar akan kebolehan serta makna hidup yang telah mereka perolehnya. Mengikut pendapat Maslow lagi, individu yang telah mencapai kehendak kesempurnaan kendiri ini mempunyai beberapa sifat tertentu iaitu mempersepsikan permasalahan sekelilingnya secara cekap, mempunyai pemikiran yang spontan dan tidak konvensional, menerima dirinya, orang lain dan alam sekitarnya dengan baik, tidak bergantung kepada keadaan sekeliling dan hak-hak kebendaan, sering mengambil tahu tentang isu-isu falsafah dan etika serta dapat meningkatkan apresiasi terhadap perkara-perkara yang lazim. Segala keperluan ini wujud sepanjang hayat manusia, tetapi ada berlakunya perubahan yang progresif terhadap tahap-tahap keperluan tersebut.

kaedah untuk mengatasi tekanan yang praktikal:

langkah pertama untuk mengadaptasikan diri dengan tekanan ialah untuk seseorang itu mengenal pasti tahap tekanan yang boleh dialami secara peribadi, tiap-tiap manusia mempunyai kerentaan yang berbeza-beza terhadap tekanan, ada yang boleh menerima tekanan dengan berlebihan, ada yang tidak. Mengetahui bentuk tekanan yang dihadapi adalah penting dan boleh dilakukan dengan cara berikut:

  1. Memahami proses dan kesan tekanan
  2. Mengenal pasti punca-punca utama tekanan
  3. Mengenali dan mengetahui bila tekana itu akan berlaku
  4. Membentuk beberapa cara yang berseeuaian untuk mengatasi tekana yang kerap dihadapi
  5. Melatih diri bagi mengatasi tekanan dengan cara yang ditetapkan terlebih dahulu.
  6. Kenal bentuk tekanan yang boleh membantu anda untuk mengembangkan diri.

Dengan cara ini, mereka yang telah mengetahui tahap kerentaan masing-masing tahu berapa banyak tekanan yang boleh dihadapinya dan yang mana patut dielakkan.

Bersenam dan melakukan latihan jasmani dapat membantu manusia melupakan tekanan yang dihadapi. Badan yang segar akan mempunyai otak yang cedas. Dengan cara ini juga mereka yang berkenaan dapat memikirkan cara yang bersesuaian untuk berhadapan dengan tekanan.

Sebagaimana juga kita akan cuba kaitkan bagaimana memotivasi para pelajar dalam pembelajarannya, antaranya ialah:

Ø Ciptakan ganjaran terhadap usaha

Usahakan mencipta sesuatu yang istemewa sebagai ganjaran terhadap usaha anda seumpama seorang pelajar yang belajar selama ini. Mulakan dengan ganjaran jangka pendek. Misalnya, janjikan pada diri anda, selepas belajar berjam-jam lamanya setiap hari, anda mesti memperuntukkan satu hari bebas pada hujung minddu untuk berlibur dan berehat sepuasnya-puasnya. Usah tunggu orang lain memberi hadiah dan ganjaran terhadap kejayaan ataupun usah-usaha anda. Fiirkan dan bayangkan juga ganjaran jangka panjang terhadap usaha anda sebagai pelajar. ganjaran yang paling tepar ialah dengan meletakkan matlamat paling tinggi di dalam hidup anda. Misalnya, tetapkan matlamat anda untuk menjadi manusia berguana suatu hari nanti, berkat usaha gigih anda. Dengan tercapainya matlamat itu, anda pasti akan dapat membalas jasa ibu dan ayah, membela anak bandsa dan memenuhi tuntutan agama.

Ø Cipatakan hukuman terhadap kegagalan

Mengapa anda cuba ciptakan denda atau hukuman pada diri sendiri jika sekiranya anda mendapati usaha yang dilakukan tidak menepati kualiti tertentu yang anda tetapkan. Misalnya, jika anda gagal menyiapkan tugasan yang guru berikan, lewatkan masa untuk anda tidur atau kurangkan masa menonton TV atau bersiar-siar dengna terman. Bayangkan juga hukuman yang anda terima jika gagal di dalam pelajaran nanti. Anda mungkin sekadar mampu manjadi pekerja bawahan seperti oterator kilang mudah tertipu apabila memberli-belah, tidak dapat membantu menyara kehidupan ayah dan ibu.

Ø Timbulkan rasa ghairah untuk belajar bersungguh-sungguh

Latih otak fikiran dan minda kita ki arah memikirkan tanggapan-tanggapan yang positif terhadap pelajara. Untuk memulakanny mungkin susah, tetapi alah bisa tegal biasa. Lambat-laun, pemikiran kita pasti akan berubah contohnya, bayangkan betapa bertuahnya, anda selama ini kerana berpeluang dapat berlaja, pelajaran sangat berharga dan tinggi dan dengan belajar bersunggu-sungguh, kita akan lebih disayangi oleh ibu bapa dan dapat membantu mereka.

Ø Kikiskan tanggapan negatif terhdapa pelajaran

Nyahkan segera tanggapan negatif anda selama ini bahawa belajar adalah membosankan, tanpa belajar tinggi-tinggi pun kita boleh hidup dan sebagainya. Sebaliknya, fikirkan betapalah akibat buruk yang akan anda terima jika tidak belajar, sepertimana dinyatakan tadi.

Ø Pastikan kita sentiasa berada dalam persekitaran yang bermotivasi

Nabi Muhammad saw. Menerusi suatu sabdanya bermaksud bahawa seseorang yang berkawan dengan pedagang minyak wangi pasti terasa wangi juga. Demikian juga jika kita rajin berkawan dengan orang-orang yang bermotivcasi tentulah akhinya kita akan bermotivasi juga. Belajarlah di perpustakaan kerana suasana di situ memungkinkan timbulnya mood untuk kita belajar.

Begitulah kiranya bagaimana seorang pelajar itu dapat memotivasikan dirinya sendiri dalam pembelajaran.

Antara teori-tiori yang dikaitkan dengan tajuk ialah:

A. Teori Motivasi Al-Ghazali


1. Struktur Jiwa


Menurut Al-Ghazali manusia terbagi ke dalam tiga dimensi, yaitu dimensi materi, dimensi nabati, dimensi hewani, dan dimensi kemanusiaan. Dalam tiga dimensi itu struktur jiwa manusia terdiri atas al-qalb, al-ruh, al-nafs, dan al-aql. Unsur yang empat ini mengerucut pada satu makna yakni latifah atau al-ruh al-rabbaniyyah yang merupakan esensi manusia yang memiliki daya cerap, mengetahui dan mengenal, dan sekaligus menjadi obyek pertanggungjawaban atas perbuatan yang dilakukannya.


2. Junud al-Qalb sebagai Unsur Motivasi


Menurut Al-Ghazali sebuah perilaku terjadi karena peran dari Junud al-Qalb atau tentara hati. Dalam diri manusia terdapat dua kelompok Junud al-Qalb, yaitu yang bersifat fisik berupa anggota tubuh yang berperan sebagia alat dan yang bersifat psikis. Yang bersifat psikis mewujud dalam dua hal yaitu syhawat dan ghadhab yang berfungsi sebagai pendorong (iradah). Syahwat mendorong untuk melakukan sesuatu (motif mendekat) dan ghadhab mendorong untuk menghindar dari sesuatu (motif menjauh). Adapun tujuan dari perilaku tersebut adalah untuk sampai kepada Allah. Tetapi dalam praktiknya perilaku ini terbagi ke dalam hirariki motivasi Ammarah (hedonistik), motivasi Lawwamah (skeptik), dan motivasi Muthmainnah (spiritualistic).


B. Teori Motivasi Maslow


1. Hakikat Manusia


Tentang hakekat manusia Maslow berpendapat bahwa manusia memiliki satu kesatuan jiwa dan raga yang bernilai baik, dan memiliki potensi-potensi. Yang dimaksud baik itu adalah yang mengakibatkan perkembangan kearah aktualisasi diri.


2. Keperluan Pokok Manusia


Manusia memiliki keperluan dasar yang akan selalu menjadi motivasi perilakunya, yaitu keperluan fisiologis, keperluan akan keselamatan, keperluan akan memiliki dan rasa cinta, keperluan akan harga diri, dan keperluan akan aktualisasi diri.

Untuk dapat sampai pada tingkat aktualisasi diri semua keperluan-keperluan pokok manusia pada tingkat sebelumnya harus terpenuhi. Selain keperluan pokok tersebut yang disebut basic needs manusia juga memiliki metaneeds sebagai keperluan pertumbuhan seperti keadilan, keindahan, keteraturan, dan kesatuan.


3. Keperluan Pokok sebagai Unsur Motivasi


Teori Motivasi Maslow dibentuk atas dasar teori hirarki kebutuhan pokok. Dengan kata lain pemenuhan keperluan-keperluan pokok inilah yang memotivasi manusia berbuat sesuatu. Teori ini tidak sekedar bersifat homeostatis tetapi juga homeostatis psikologis. Bahkan pada tingkat puncak keperluan yang disusun Maslow mengarah kepada mistisisme.


C. Hasil Perbandingan


1. Fitrah Manusia


Secara umum Al-Ghazali dan Maslow memandang fitrah sebagai potensi dasar dari manusia adalah positif dan baik. Perbezaannya terletak pada kriteria baik. Menurut Al-Ghazali nilai-nilai yang baik adalah yang didasarkan atas unsur-unsur ilahiyah yang ditiupkan Allah pada proses penciptaan manusia. Sedangkan menurut Maslow nilai-nilai yang baik adalah yang dapat mengantarkan manusia memenuhi keperluan pokoknya dan mencapai aktualisasi diri.


2. Keperluan Manusia


Bila Maslow mengelompakan keperluan manusia ke dalam lima macam secara hirarkis, maka membaginya ke menjadi dua yaitu keperluan mutlak yang bersifat vertikal, dan keperluan terikat yang bersifat horizontal. Keperluan horizontal merupakan media dan sarana untuk memenuhi keperluan vertikal yakni mencapai kedekatan dengan Allah SWT. Klasifikasi keperluan dalam teori Al-Ghazali ini didasarkan kepada etika dan moral. Sedangkan Maslow mendasarkannya pada kepuasan yang relatif. Sekalipun dengan istilah yang berbeza, tujuan dari keperluan-keperluan tersebut baik menurut keduanya adalah untuk mencapai pengalaman puncak (peak experience).


3. Psikoterapi


a.Emosi
Menurut Al-Ghazali emosi pada dasarnya adalah gejolak dalam hati yang cenderung mengarah kepada dendam. Emosi ini harus senantiasa berada dalam posisi seimbang. Training untuk menyeimbangkan emosi adalah melalui riyadhah al-nafs.


Adapun Maslow berpandangan bahwa emosi cenderung bersifat positif. Emosi ini harus dikembangkan sehingga manusia mampu mengaktualisasikan segenap potensinya. Bukan untuk dijauhi dan dikecam.


b. Konflik dan Macam-macamnya


Dalam pengertian Al-Ghazali konflik adalah suatu kondisi di saat hati berlawanan dengan kebaikan. Konflik ini terjadi ketika muncul dorongan ke arah kehidupan duniawi di satu sisi dan dorongan kehidupan akhirat di sisi lain. Sedangkan Maslow membagi konflik ke dalam kelompok, yaitu konflik yang bersifat ancaman dan yang bukan ancaman. Hanya konflik yang menimbulkan ancamanlah yang dianggap sebagai penyakit hati (psikopatologis).


c. Upaya Memecahkan Konflik


Al-Ghazali mengajukan 10 langkah untuk memecahkan konflik, yaitu (1) Konsistensi dan ketulusan niat, (2) Ikhlas, (3) Penyesuain diri dengan kehendak Allah, (4) Tidak melakukan bid’ah, (5) Cita-cita yang tinggi, (6) Merasa lemah di hadapan Tuhan, (7) Memiliki sifat takut dan berharap, (8) Melakukan wirid, (9) Muraqabah dan (10) Berdo’a. Sementara bagi Maslow ada tujuh cara memecahkan konflik, yaitu (1) melalui pengungkapan, (2) Pemuasan keperluan pokok, (3) meniadakan ancaman, (4) peningkatan pemahaman, (5) saran dan wewenang, dan (7) perwujudan diri.


4. Aktualisasi Diri


a.Ciri-ciri aktualisasi diri
Al-Ghazali berpendapat bahwa orang yang telah mencapai aktualisasi diri adalah orang-orang yang senantiasa mentaati kaedah-kaedah agama dan memenuhi kewajiban baik dalam hubungan dengan Allah maupun dengan sesama makhluk Allah. Sedangkan menurut Maslow ciri orang yang beraktualisasi diri adalah bersifat universal yakni menjunjung tinggi nilai-nilai kebaikan universal dalam berhubungan dengan sesama. Tetapi tidak bermuatan agama.


b. Upaya Pencapaian Aktualisasi Diri
Menurut Al-Ghazali aktualisasi diri dapat dicapai melaui riyadlah al-nafs (pengendalian nafsu), tathahhur (penyucian jiwa), tahaqquq (kristalisasi), takhalluq (peneladanan terhadap sifat Allah), dan ‘uzlah (pengasingan diri). Berbeda dengan itu, Maslow menyebutkan cara-cara yang dilakukan untuk mencapai aktualisasi diri adalah pemuasan keperluan-keperluan pokok, meditasi, dan pengasingan diri.


5. Pendidikan dan Nilai-nilainya


Pandangan Al-Ghazali tentang pendidikan tercermin dalam pendapatnya tentang hakikat, klasifikasi, tujuan dan cara mencapat ilmu. Ilmu adalah suatu proses untuk mendekatkan diri dan menghubungkan hamba dengan Tuhannya. Ilmu ada yang bersifat hudhuri (perolehan) dan ladunni (pemberian). Ilmu juga ada bersifat fardhu ‘ain dan ada yang fardhlu kifayah. Dari segi kegunaan ilmu ada yang terpuji, tercela, dan netral. Semua ilmu itu tujuannya adalah mengenal Allah.

No comments:

Post a Comment