There was an error in this gadget

My Blog List

Loading...

my friends

There was an error in this gadget

Monday, August 2, 2010

Kaedah Didikan Kanak-kanak Menurut Perspektif Psikologi Islam

Kaedah Didikan Kanak-kanak

Menurut Perspektif Psikologi Islam

Pengenalan

Dalam kehidupan berkeluarga kita saling mempengaruhi antara satu sama lain, institusi keluarga termasuklah ayah, ibu, adik, abang dan lain sebagainya, dalam berkeluarga seorang pemimpin harus lah melengkapkan keluarga tersebut dengan keperluan asas, setelah terpenuhi barulah kita penuhi dengan keperluan tambahan seperti pendidikan kanak-kanak, pengurursan keluarga, keuwangan, pengurusan perbelanjaan setiap hari, dan termasuk segala hal yang berkaitan dengan kehidupan keluarga, kerana itu adalah salah satu faktor yang penting untuk masa depan keluarga tersebut kelak.

Dalam memastikan pendidikan kanak-kanak berkesan sangat penting juga diberi perhatian kepada suatu proses pendidikan yang meliputi dua proses iaitu pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dilakukan oleh guru sewaktu mengajar dan membekalkan kepada mereka dengan bermacam-macam jenis ilmu pengetahuan dengan menggunaka metod pengajaran yang dapat membantu mencapai tujuan pendidikan. Manakala dalam proses pembelajaran pula ia merupakan tugas pelajar itu sendiri yang mencakupi kegiatan jasmani yang mana bertujuan untuk mendapatkan segala ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baru. Jadi, dalam proses pengajaran terdapat kerjasama yang baik antara peranan guru dan pelajar.

Bagi meneyempurnakan kerjasama antara guru dalam proses pengajaran dan pelajar dalam pembelajaran, guru hendaklah menyediakan situasi dan kesempatan yang dapat membantu pelajar memperbaiki kepribadian mereka dan mendapatkan pengetahuan berdasarkan kemahuan sendiri, proses pengajaran tidak akan mencapai tujuannya kecuali disertai dengan usaha dan kemahuan pelajar itu sendiri.

Berdasarkan kenyataan ini, Ibnu Khaldun berpendapat betapa pentingnya memerhatikan perkembangan akal para pelajar dan persiapan mereka menerima perlabagai ilmu yang diajarkan oleh guru. hal ini disebabkan dia yakin proses pengajaran tidak akan membuahkan hasil yang baik kecuali sesudah mempelajari tabiat akal manusia pada pelbagai peringkat perkembangan, ini kerana seorang anak pada peringkat awal kehidupan, mempunyai pemikiran yang belum sempurna. Dia masih belum mampu memahami pengajaran secara sempurna, justeru itu para guru perlu sentiasa mengulangi pelajaran yang diberikan dengan memberikan contoh-contoh yang berbentuk sederhana menuju yang lebih sempurna dengan memerhatikan keadaan pelajar.

Sejarah Perkembangan Ilmu jiwa Agama

Sesungguhnya dalam kitab suci setiap agama, banyak sekali terdapat ayat-ayat yang berkenaan dengan proses jiwa atau keadaan jiwa seseorang kerana pergaruh agama. Dalam Al-quran misalnya, ayat-ayat yang menunjukkan keadaan orang yang beriman dan sebaliknya orang kafir, sikap, tingkah laku, doa-doa, bahkan mengenai kesehatan mental pun, banyak terdapat ayat-ayat yang berbicara tentang perawatan jiwa.

Kerana itu, untuk menentukan dengan pasti kapan agama itu mulai diteliti secara psikologis agak sukar, barangkali tidak mungkin. Kerana dalam agama itu sendiri sudah terkandung Ilmu jiwa, bahkan sebagian besar Ilmu jiwa agama merupakan bimbingan yang tidak dapat dilepaskan dari kejiwaan.

Ilmu jiwa bukanlah ilmu yang pertama-pertama meneliti aspek-aspek agaman secara obyektif. Telah banyak ilmu-ilmu pengetahuan lainnya yang mempelajari masalah-masalah tersebut, misalnya sejarah agama-agama di dunia dan ilmu sosiologi mempelajari tingkah laku orang dalam kelompok tanpa memperhitungkan perbezaan kebudayaan yang ada. Sedangkan Antropologi sosial lebih banyak menumpukan perhatiannya kepada kebudayaan dan subkebudayaan. Baik dalam sosiologi , maupun antroplogi sosial, agama merupakan masalah penting yang tidak dapat dilewatkan begitu saja dalam penelitian-penelitiannya.

Dapat di katakana bahawa yang mula-mula berani mengemukakan hasil penelitiannya secara ilmiah tentang agama ialaha Frazer dana Taylor. Mereka membentangkan bernacam-macam agama primitive dan menemukan persamaan yang sangat jelas antara berbagai bentuk ibadah pada agama Kristen dan ibadah orang-orang primitif.

Perkembangan keluarga

Pada umumnya, keluarga dapat dijelaskan melalui proses perkembangan. Kehidupan berkeluarga adalah satu proses yang berterusan, ia tidak berbentuk linear tetapi bergerak dalam satu dimensi waktu yang saling bertembung. Keluarga melalui fasa perkembangan yang dikenali sebagai kitaran kehidupan keluarga, sementara individu dalam keluarga pula melalui fasa perkembangan kitaran kehidupan individu . dengan ini, dapat dijelaskan bahawa perkembangan yang berlaku dalam keluarga adalah berbentuk saling memberi impak di antara satu dengan yang lain.

Oleh itu, kefahaman yang jelas tentang perkembangan kitaran kehidupan individu, dan kemudian kitaran kehidupan keluarga perlu ada. Memahami keluarga dan inidividu dalam perspektif kitaran kehidupan akan menyediakan kepada kita satu kerangka untuk mengkaji peringkat-peringkat yang dilalui. Kerangka perkembangan ini merupakan satu pendekatan yang positif kerana kita melihat inidividu dan keluarga sebagai mempunyai keupayaan untuk berada dalam keadaan yang stabil, dan berterusan dari satu titik ke titik yang lain dalam perkembangan kehidupan. Dalam perkembangan secara tekal dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Tidak dapat dinafikan bahawa individu dan keluarga tetap bergerak dari satu peringkat dengan menggunakan semua potensi, sumber, dan proses interpersonal yang berkesan untuk menguasai perubahan-perubahan ini.

Konsep perkembangan

Perkembangan merujuk kepada perubahan fizikal, mental dan sosial yang dapat dijangkakan dalam kehidupan individu dalam keluarga. Perkembangan adalah faktor penting dalam kehidupana individu dan keluarga. Proses ini tidak selalunya terus-menerus berkembang tetapi ada kalanya maju kehadapan dan ada kalanya pula menyusut ke belakang. Dalam erti yang lebih luas, perkembangan merujuk kepada perjalanan, kehidupan. Perjalan kehidupan individu terbahagi kepada tiga dimensi waktu seperti; waktu peribadi, waktu sosial, dan waktu sejarah, dan setiap waktu akan tersebut akan menjelaskan keadan dan situasi pada masa tersebut, yang mana individu banyak sekali dipengaruhi oleh persekitaran dan keadaan semasa.

Defenisi Keluarga perspektif Islam

Keluarga didefenisikan sebagai mempunyai struktur yang tertentu dan diikat oeh perhubungan perkahwinan yang sah dan pertalian darah. Perhubungan ini, meliputi jangkaan bersama dari segi hak dan tanggungjawab, selaras dengan ajaran Islam. Keutuhan sesebuah keluarga berpandukan mentaati undang-undang Allah S.W.T dengan penuh keimana dan ketakwaan. Yang paling utama dalam Islam, hak dan tanggungjawab sesebuah keluarga tidak terbatas kepada keluarga sahaja tetapi menjangkau lebih daripada itu sehingga merangkumi saudara Muslim sejagat. Islam menuntut perhubungan kekeluargaan dilakukan dengan penuh keikhlasan dan kemesraaan. Keluarga dalam Islam merujuk kepada perhubungan suami isteri, yang telah diijabkabulkan, dan tanggungjawab pasangan ini bukan hanya kepada diri merka sendidi tetapi meliputi anak-anak, ibu-bapa, saudara-mara dikedua belah pihak, jiran tatangga, sahabat, anak-anak yatim serta kesemua makhluk ciptaan Allah S.W.T.

Perhubungan dalam kekeluargaan banyak penekanan dalam Islam. Setiap satu yang dinyatakan diatas tadi, harus dilayan dengan panuh hormat dan kasih sayang. Umpamanya dalam perhubungan suami isteri, bermula dengan perkahwinan yang dianggap sebagai satu fitrah kemanusiaan, maslahat kemasyarakatan, dan satu proses bersuci yang bukan hanya untuk menambahkan zuriat tetapi untuk mendapatkan kesejahteraan emosi dan keseimbangan rohani, seperti dalam firman Allah S.W.T dalam surah Ar-Rum, Ayat 20 dan 21 yang bermaksud:

Artinya:

Diantara tanda-tandaya, ialaha bahawa Dia menciptakan kamu dari tanah, kemudian tiba-tiba kamu manjadi amanusia yang bertebaran (dimuka bumi). (Ayat 20)

Dan diantara tanda-tandaNya, bahawa menciptakan jodoh untukmu dari dirimu (bangsamu), supaya kamu bersenang-senang kepadanya dan Dia mengadakan sesama kamu kasih sayang dan rahmat. Sesungguhnya tentang demikian itu, manjadi ayat (tanda) bagi kamu yang memikirkan. (ayat 21).

Defenisi keluarga persfektif Barat

Keluarga adalah asas sesebuah masyarakat. Institusi keluarga merupakan satu kenyataan yang empirik dalam masyarakat tamadun manusia. Satu bentuk struktur keluarga diperlukan untuk mempertahankan kewujudan masyarakat manusia. Dalam sesebuah institusi keluarga pasti terjalin interaksi, samaada dari segi kognitif atau afektif di antara ahli keluarga yang dewasa dengan kanak-kanak.

Interaksi penting untuk mempertahankan kestabilan dalam keluarga khasnya dan masyarakat amnya. Sejak akhir-akhir ini, didapati institusi keluarga mengalami masalah sosial dan ketandusan dalam melaksanakan peranan serta fungsi yang telah diamanahkan. Keadaan ini nampak jelas dalam masyarakat kita hari ini, apabila munculnya masalah seperti pembuangan bayi, sumbang mahram, berpeleseran dan budaya lepak, penagih dadah, pembunuhan oleh kanak-kanak bawah umur, mat rempit. Dan berbagai-bagai lagi masalah sosial yang kesemuanya ini memberi kesan yang negatif untuk menyatupadukan manusia dan kemanusiaan melalui institusi keluarga.

Keluarga adalah institusi tertua dalam sejarah kehidupan manusia. Institusi keluarga telah dianugerahkan dengan kuasa yang utama dalam mensosialisasikan manusia. Namun, hari ini jelas kelihatan bahawa institusi keluarga telah berada dalam keadaan yang amat mencemaskan untuk mengekalkan kuasa penghormatan yang telah diberikan kepadanya. Menurut Lasch (1977) dan Mount (1982), institusi keluarga yang sebenar pernah wujud. Tetapi , institusi keluarga yang sebenar ini telah runtuh melalui kuasa proses pemodenan masyarakat serta masyarakat mementingkan kebendaan. Kehilangan institusi keluarga yang sebenar merupakan kehilangan yang sangat besar. Bahkan masyarakat juga turut mengelauh akan kehilangan masyarakat yang sebenar. Keadaan ini merupakan rintihan masayarakat semenjak abad kesembilan belas lagi.

Fungsi keluarga

Pada pendapat Barat banyak sekali menyatakan pendapat tentang fungsi keluarga, ternasuklah pendapat Ogburn menyatakan bahawa fungsi keluarga adalah untuk:

1. Memenuhi keperluan ekonomi iaitu keluarga bertanggungjawab bersamam untuk mengadakan sumber kewangan yang membolehkan ahli-ahlinya membeli bahan keperluan harian, dan kasih sayang antara satu dengan yang lainnya.

2. Menaikkan status keluarga: oleh kerana keluarga pada waktu dahulu mempunyai bilangan anak yang ramai, maka pendapatan keluarga adalah tinggi dan ladang-ladang miik keluarga berkenaan adalah sangat luas lantas memberi statatus kepada keluarga berkenaan.

3. Memeberi pendidikan iaitu termasuk keluarga pada zaman dahulu memastikan bahawa anak-anakmereka diberi pendidikan yang sempurna, dan tugas ini sebenarnya telah dijalankan oleh keluarga berkenaan.

4. Memberi ajaran agama iaitu sama seperti fungsi untuk memberi pendidikan, tugas memberi ajaran agama turut dilaksanakan oleh keluarga itu sendiri, dan juga memberi perlindungan kepada setiap ahli keluarga.

Pendorong Tabiat Manusia Dari Perspektif Islam Dan Barat

Pakar psikologi kaunseling membuat pelbagai teori bagi menjelaskan pembentukan tabiat manusia seperti berikut:

1. Teori Psikoanalisis yang diasaskan oleh Frued. Teori ini menyatakan tabiat manusia pada asalnya jahat kerana dipengaruhi oleh unsur-unsur rangsangan seksual, kuasa agresif dan tidak rasional yang wujud dalam diri manusia bagi tujuan menjaga survival perkembangan hidupnya. Unsur-unsur itu bertindak di dalam diri manusia secara membabi buta. Kombinasi unsur-unsur itu dan konflik hidup semasa kecil yang tidak dapat diselesaikan pada masa itu akan menjadi punca dan penentu tabiat anak pada masa hadapan.

2. Teori Analisis Transaksi. Teori ini menerangkan tabiat manusia terbentuk hasil daripada skrip hidup yang ditentukan oleh ibu bapa. Semasa kecil anak akan merakamkan secara langsung apa saja percakapan dan perbuatan yang ditayangkan oleh ibu bapa kepada mereka. Konflik akan berlaku apabila anak itu cuba menilai semula skrip hidup yang lama atau menerbitkan skrip hidup yang baru hasil daripada perkembangan emosi fikirannya dan pengaruh persekitaran.

3. Teori Behaviorisma. Menurut teori ini tabiat dan tingkah laku manusia terbentuk hasil daripada proses pembelajaran dan evolusi persekitaran. Tabiat manusia menjadi masalah apabila mereka menerima pembelajaran dan persekitaran yang salah, walaupun mereka sendiri yang mencipta sistem pembelajaran atau membentuk persekitaran.

4. Teori Pemusatan Klien. Teori ini membuat andaian bahawa tabiat manusia semula jadinya baik, rasional, bertanggungjawab dan berusaha mencapai kesempurnaan diri. Walau bagaimanapun manusia juga cenderung menjadi kecewa dan bermasalah apabila keperluan mencapai kesempurnaan diri dihalang seperti gagal mendapat kasih sayang, keselamatan dan seumpamanya.

5. Dari perspektif Islam. Terdapat empat peringkat nafsu yang mempengaruhi tabiat manusia iaitu:

a) Nafsu Ammarah: Nafsu yang sentiasa mendorong manusia melakukan kejahatan. Bagi mereka yang berada diperingkat ini tidak merasakan perbezaan antara yang baik dan jahat. Apabila melakukan kejahatan, ia tidak menyesal dan sebaliknya juga apabila melakukan kebaikan, ia tidak gembira.

b) Nafsu Lawwamah: Nafsu yang mula menunjukkan kelemahan diri, menilai tabiat masa lampau dan ingin keluar untuk memulakan kehidupan positif.

c) Nafsu Mulhamah: Nafsu yang sudah menerima kebenaran dan keinsafan serta merasa keseronokan membuat kebaikan dan benci kepada kejahatan.

d) Nafsu Mutmainnah: Nafsu yang mencapai kedamaian dan kebahagiaan. Nafsu ini berusaha terus meningkatkan keimanan & ketaqwaan dalam dirinya.

Pada prinsipnya nafsu itu adalah mewakili dua keperluan naluri manusia iaitu naluri kehaiwanan (jasmani) dan rohani (wahyu). Kadang kala berlaku pertarungan sengit antara dua naluri itu untuk mempengaruhi hati manusia.

Pandangan teori kaunseling barat tentang tabiat manusia adalah sebahagian dari pandangan Islam. Mereka mengkaji tabiat manusia dari aspek luaran sahaja dengan merujuk kepada faktor persekitaran, kemahiran keibubapaan dan keperluan jasmani tanpa dibimbing oleh al-Quran serta kajian itu dibuat berdasarkan kehidupan masyarakat di barat.

Kepentingan pendidikan awal kanak-kanak

Pendidikan perlu dilihat sebagai satu proses yang berterusan berkembang serentak dengan perkembangan individu seorang kanak-kanak yang mempelajari apa sahaja yang ada di persekitaran dan dengan ilmu/kemahiran yang diperolehi ia akan mengaplikasikannya dalam konteks yang pelbagai samada dalam kehidupan sehariannya di ketika itu ataupun sebagai persediaan untuk kehidupannya di masa yang akan datang. Menurut perspektif Islam, pendidikan anak adalah proses mendidik, mengasuh dan melatih rohani dan jasmani mereka dengan berteraskan nilai baik dan terpuji yang bersumberkan al-Quran dan al-Sunnah. Tujuannya adalah bagi melahirkan insan rabbani yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.

Kanak-kanak di peringkat awal umur, mereka tidak dapat membezakan yang baik dan yang buruk dan perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini, Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam ruh dan jiwanya. Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlak, akibatnya generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya.

Tujuan pendidikan

Ialah adanya perubahan positif yang ingin dicapai oleh proses atau usaha pendidikan, baik perubahan tersebut terjadi kepada tingkah laku pada kehidupana peribadi dan masyarakat dan lingkungan di mana peribadi itu hidup maupun dalam aktiviti pendidikan itu sendiri dan dalam praktikal pengajaran sebagai suatu kegiatan asasi dan sebagai suatu kegiatan asasi. Atas dasar inilah, sebahagian besar ahli pendidikan cuba menentukan tujuan-tujuan pendidikan, setiap mereka mempunyai aliran yang sesuai dengan keyakinan dan falsafahnya mengenai kehidupan.

Tanggung jawab mendidik kanak-kanak

Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada kedua ibu bapa. Sebagai ibu bapa, seharusnya mereka mengambil berat pendidikan anak demi memastikan kehidupan mereka sentiasa berada dalam keredhaan Allah SWT. Falsafah pendidikan Islam sememangnya menekankan aspek rohani dan jasmani sesuai dengan kejadian manusia itu sendiri yang terdiri daripada roh dan jasad. Ia membabitkan beberapa peringkat bermula dari dalam kandungan sehingga lahir dan menjadi dewasa.

Sekiranya setiap suami isteri menghayati dan mempraktikkan nilai keislaman dalam kehidupan keluarganya, mudahlah mereka mendidik anak dengan benih ajaran Islam. Sebaliknya, jika pasangan itu gagal menerapkan nilai Islam dan mengekalkan kerukunan rumah tangga, amat sukar bagi mereka untuk mentarbiah anak mengikut acuan dan budaya hidup Islam.

Satu hal yang amat penting dan wajar diberi perhatian kepada ibubapa hari ini ialah mesti mengetahui cabaran yang menghalang anak-anak mereka taat kepada Allah SWT. Didikan ibubapa di rumah masih tidak menjamin anaknya menjadi taat kepada Allah SWT. Memang benar ibu bapa ada memberi didikan agama pada anak-anak mereka tetapi adakah didikan itu mencukupi dan diberi secara menyeluruh?

Hari ini, rangkaian televisyen, internet, bahan bacaan dan lain-lain sumber ilmu pengetahuan kebanyakannya tidak menjurus kepada ketaatan. Adakah ini punca terjadi peningkatan perbuatan negatif oleh generasi muda kita? Siapakah yang bersalah? Orang tua, guru atau pelajar itu sendiri? Persoalan ini telah menjadi isu kepada kita hari ini. Ibubapa hari ini begitu gelisah dengan keadaan semasa anak-anak mereka. Anak-anak mereka berpeleseran tanpa hala tujuan. Suka hiburan daripada buat kerja sekolah ataupun menolong kedua-ibu bapa. Lebih rapat dengan kawan berbanding keluarga sendiri

Peranan pendidik

Peranan pendidik tidak hanya terbatas kepada pendidikan dan pengajaran, bahkan lebih daripada itu dimana seorang pendidik hendaklah berperanan sebagai ibu bapa kepada pelajar, disamping berperanan sebagai pengajar kepada mereka. Kewajiban mendidik menurut Ibnu Sahnun adalah tanggungjawab ibu bapa, tetapi situasi kehidupan memaksa mereka bekerja mecari penghidupan yang lebih baik. Kerana itu lah mereka memberi kepercayaan kepada para pendidik mendidik anak mereka.

Bagaimana Si Anak Mengenal Tuhan?

Anak-anak mula mengenal Tuhan melalui bahasa. Dari kata-kata orang yang ada dalam lingkungannya, yang pada permulaan diterimanya secara acuh tak acuh saja. Akan tetapi setelah ia melihat orang-orang dewasa menunjukkan rasa kagum dan takut terdahap Tuhan, maka mulailah ia merasa sedikit gelisah dan ragu tentang sesuatu yang ghaib yang tidak dapat dilihatnya tiu, mungkin ia akan ikut membaca dan mengulang kata-kata yang diucapkan oleh orang tuanya.

Lambat-laun tanpa disedarinya, akan masuklah pemikiran tentang Tuhan dalam pembinaan kepribadiannya dan menjadi objek pengenalan agamanya. Maka Tuhan bagi anak-anak pada permulaan, merupakan nama dari sesuatu yang asing, yang tidak dikenalnya dan diragukan kebaikan niatnya. Tidak adanya perhatian terhadap Tuhan pada permulaan, kerana ia berlum mempunyai pengalaman yang akan memebawanya kesana, baik perngalaman yang menyenangkan, ataupun yang menyusahkan. Akan tetapi, setelah ia menyaksikan reaksi orang-orang disekelilingnya, yang diserai oleh emosi atau perasaan tertentu, maka timbullah pengalaman tertentu, yang makin lama makin meluas dan mulailah perhatiannya terhadap kata Tuhan itu tumbuh. Baiasanya pengalaman itu pada mulanya tidak menyenangkan, kerana itulah maka perhatian bagi integrasi kepribadiannya. perhatia anak-anak tentang Tuhan pada permulaan merupakan sumber kgelisahan atau ketidaksenangannya. Itulah sebabnya barangkali, kanak-kanak itu sering menayakan tentang zat, tempat dan perbuatan Tuhan dan pertanyaan lain yang bertujuan untuk mengurangkan kegelisahan. Kemudian timbullah sesudah itu keinginan untuk menentangnya atau mengingkarinya.

Sesungguhnya kekaguman dan penghargaan terhadap bapaknya adalah penting untuk pembinaan jiwa, moral dan fikiran, sampai umur lebih kurang 5 tahun, dan inilah bibit yang akan menumbuhkan kepercayaan kepada Allah dalam masyarakat beragama.

Sesungguhnya pemikiran kanak-kanak tentang Allah tidaklah sekadar erti yang disimpulkannya secara sedar dari kata Allah, akan tetapi hal tersebut mempunyai permulaan-permulaan kejiwaaan yang mendahuluinya, yang mana dalam hal ini, perlu kita kenal sedikit pertumbuhan fikiran pada kanak-kanak.

Mulai umur 3 dan 4 tahun kanak-kanak sering mengemukakan pertanyaan yang ada hubungannya dengan agama, misalnya: siapa Tuhan, di mana surga, bagaimana cara pergi ke sana? Sebagaiman caranya memandang alam seperti memandang dirinya.

Pentingnya hubungan Anak dengan kedua ibu bapa

Kerana kedua ibu bapa adalah pusat kehidupan rohani si anak dan sebagai penyebab berkenalannya dengan alam luar, maka setiap reaksi emosi anak dan pemikirannya di kemudian hari , terpengaruh oleh sikapnya terhadap kedua ibu bapanya di permulaan hidupnya dulu.

Perasaan anak terhadap kedua ibu bapanya, sebenarnya sangat kompleks, ai adalah campuran dari bermacam-macam emosi dan dororngan yang selalau melakukan interaksi, pertentangan dan memuncak pada umur menjelang 3 tahun, iaitu umur dimana hubungannya dengan ibunya tidak lagi terbatas kepada keperluan akan bantuan fizik, akan tetapi telaah meningkat kepada hubungan emosi, dimana ibu menjadi objek yang dicintai dan keperluan akan kasih sayang, bahkan mengandungi rasa permusuhan bercampur dengan rasa bangga, keperluan, takut dan cinta kepadanya. Disinilah timbul rasa dosa yang desebabkan bukan kerana kesalahan yang diperbuat, akan tetapi keranan timbylnya keikginan untuk melakukan yang terlarang.

PUNCA KENAKALAN ANAK

1. Faktor keluarga

Akhlak anak bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada dalam lingkungan keluarga. Ini menunjukkan perkembangan mental, fizikal dan sosial adalah di bawah kawalan ibu bapa atau tertakluk kepada skrip hidup yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Oleh yang demikian jika anak remaja menjadi nakal atau liar maka kemungkinan besar puncanya adalah berasal dari pembawaan keluarga itu sendiri. Isu pembawaan keluarga itu ialah;

a. Status ekonomi ibu bapa yang rendah dan daif di mana anak membesar dalam keadaan terbiar.

b. Kehidupan ibu bapa yang bergelumbang dengan maksiat.

c. Ibu bapa lebih mementingkan kerjaya atau pekerjaan daripada menjaga kebajikan keluarga.

d. Rumahtangga yang tidak kukuh atau bercerai berai.

e. Syiar Islam tidak kukuh dalam rumah tangga.

2. Faktor Peribadi Yang Kotor

Peribadi yang kotor adalah merujuk kepada seseorang yang rosak akhlaknya atau mempunyai sifat-sifat yang keji (mazmumah) seperti pemarah, tamak, dengki, pendendam, panas baran, sombong, tidak amanah dan seumpamanya. Keadaan ini berlaku kerana individu itu telah dikuasai oleh naluri agresif dan tidak rasional (nafsu kehaiwanan), hasil daripada pengalaman yang diterima sejak kecil dan kemudian diperkukuh pula bila anak itu melalui zaman remaja. Dengan lain perkataan peribadi fitrah anak telah terencat dan menjurus kepada peribadi yang kotor hasilnya.

3. Faktor sekolah

Sekolah merupakan tempat memberi pengajaran dan pendidikan kedua kepada anak selepas ibu bapa. Akhir-akhir ini dunia pendidikan kita pula tercabar melihat keadaan pelajar di sekolah-sekolah yang melakukan pelbagai aktiviti yang tidak mencerminkan keperibadian yang baik. Dahulu, sekolah dianggap satu tempat yang mulia di mana pelajar bersungguh-sungguh menuntut ilmu untuk dijadikan bekalan pada masa depan. Guru adalah pengganti orang tua yang terkadang dihormati melebihi hormat seorang anak kepada ayahnya. Akan tetapi hari ini sekolah yang mulia itu ada yang mula dibakar oleh pelajarnya, guru yang semestinya dicontohi kini diburu. Daripada hati kecil kita timbul persoalan kenapa terjadi perubahan yang besar di kalangan pelajar kita hari ini?

Mengikut kajian, faktor sekolah yang boleh mempengaruhi anak ialah:

a. Disiplin sekolah yang longgar.

b. Ibu bapa tidak mengambil tahu kemajuan dan pencapaian anak di sekolah.

c. Guru tidak mengambil tahu masalah yang dihadapi oleh murid-murid.

4. Faktor Persekitaran

Dalam Islam, persekitaran memiliki peranan yang penting dalam pendidikan anak sehingga wajarlah apabila kita dianjurkan untuk melihat jiran di kawasan yang akan diduduki. Anak-anak sangat mudah dipengaruhi oleh persekitarannya. Oleh sebab itu, tinggal di suatu tempat dengan persekitaran yang baik adalah modal penting membentuk sahsiah anak untuk menjadi generasi yang baik. Persekitaran yang baik ini bermakna bukan hanya baik dari segi keadaan fizikal tapi juga baik dari segi mental dan kehidupan beragama.

TARBIAH (PENDIDIKAN) ANAK BERMULA DALAM KANDUNGAN

Rasulullah s.a.w. dalam satu hadisnya bersabda, maksudnya:"Didiklah anak kamu 100 tahun sebelum dia dilahirkan." Hadis ini amat singkat tetapi memiliki makna falsafah yang dalam sebab ungkapan 'seratus tahun sebelum lahir' ini bermakna jauh sebelum anak itu dilahirkan oleh ibunya ke dunia ini. Pakar kesihatan dan ahli jiwa berpendapat bahawa keadaan orang tuanya mempengaruhi sifat serta perilaku anak-anak yang akan dilahirkan. Ini bermakna pendapat pakar itu dengan hadis Rasulullah s.a.w. di atas sebenarnya sealiran. Ini kerana makna hakikat mendidik anak dalam hadis Rasul itu adalah dengan cara mendidik diri setiap orang tua itu sendiri terlebih dahulu dengan melakukan aktiviti-aktiviti kebajikan dan meninggalkan semua bentuk maksiat.

Seorang ayah dan ibu kadang-kadang lupa dan leka dengan menganggap perbuatan dan sikap mereka ketika ini tidak memiliki hubung kait dengan masa depan anak-anak mereka. Padahal setiap orang tua sebenarnya bukan hanya akan mewariskan harta kepada anak mereka tetapi juga akan mewariskan sikap dan pandangan hidup.

Mungkin inilah yang dikatakan orang Arab dalam salah satu syair: "Kaifama takun yakun abna'aka" yang bermakna bagaimana kamu hari ini, begitu pulalah anak-anakmu pada masa hadapan”.

Berdasarkan hal di atas, maka wajarlah Rasulullah s.a.w. mengingatkan setiap orang yang akan bernikah supaya jangan salah memilih pasangan. Dan Rasulullah memberikan empat alternatif bagi setiap muslim dalam memilih jodoh berdasarkan sabdanya;

"Wanita dikahwini kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah yang beragama kerana ia lebih menguntungkan kamu (lebih utama)."(HR Bukhari, Muslim & Abu Daud)

Sebelum kelahiran anak itu lagi, ibu bapa perlu menyediakan tempat sesuai untuk mengasuh dan membesarkan anak sebaik-baiknya. Ia memberi makna bahawa dunia pertama bagi seorang kanak-kanak adalah rumah ibu bapanya sendiri. Bagi memastikan kesempurnaan dalam pendidikan anak, ibu bapa perlu membentuk suasana yang harmoni dan bercirikan keislaman dalam kehidupan berumahtangga. Ia boleh dilakukan sejak di awal perkahwinan lagi.


Secara umumnya, proses pendidikan bermula ketika bayi berada dalam kandungan ibunya. Tarbiah pada peringkat ini lebih bercorak kerohanian iaitu:-

i. Bagi ibu yang sedang mengandung amat digalakkan supaya memperbanyakkan bacaan al-Quran terutama surah Yusuf, Maryam, Luqman dan At-Taubah. Ini kerana, surah itu mengandungi pelbagai kelebihan dan maksud tersirat mempunyai makna yang besar dalam pentarbiahan anak.

ii. Ibu turut disarankan sentiasa memperbanyakkan doa kepada Allah anak bakal dilahirkan itu nanti menjadi seorang anak yang soleh, berilmu, berakhlak mulia dan taat kepada kedua ibu bapanya. Ini penting untuk memastikan keluarga dibentuk sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah.

Kita sepatutnya mengambil contoh daripada doa Nabi Ibrahim AS. Ketika banginda berdoa dengan doa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam al-Quran yang maksudnya; “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh!” [As-Shafaat :100]. Dengan berkat kesungguhan Nabi Ibrahim AS dan keyakinannya, maka Allah SWT mengurniakan kepadanya anak yang penyabar iaitu Nabi Ismail AS dengan firmanNya yang maksudnya;“Lalu Kami berikan kepadanya berita yang menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak yang penyabar” [As-Shafaat : 101]

Banyak lagi khazanah doa para nabi dan para waliyullah yang terkandung dalam al-Quran yang merupakan rahsia utama kepada kunci berolehnya anak-anak yang soleh. Kepada ibu bapa dan bakal bergelar ibu bapa doa amat memainkan peranan utama jika bekehendakkan anak yang soleh dan solehah. Jadi sentiasalah amalkan doa sewaktu memilih pasangan hidup, ketika bersama dengan isteri ataupun suami dan dalam semua pekerjaan.

iii. Ibu bapa juga mesti memastikan rezeki yang mereka peroleh datang daripada sumber yang halal dan bersih. Ini amat mustahak kepada pembentukan dan pertumbuhan anak yang bakal dilahirkan supaya ianya datang dari darah daging yang halal lagi berkat. Ia juga memberi kesan kepada pembentukan peribadi anak apabila besar kelak.

iv. Ibu hamil juga perlu memakan makanan berzat dan sentiasa menjaga kesihatan tubuh badannya. Kebersihan diri perlu diutamakan demi menjamin kesihatan anak dalam kandungan. Faktor kesihatan amat dititikberatkan oleh Islam kepada ibu berada dalam keadaan sedemikian yang sudah tentunya menghadapi pelbagai kesukaran dan kepayahan. Ini terbukti dengan kelonggaran yang diberikan Islam untuk ibu mengandung untuk berbuka puasa (pada Ramadan) sekiranya berasakan puasa itu menjejaskan kesihatan diri dan anaknya.

v. Ketika tempoh masa mengandung juga, ibu perlu menyesuaikan diri dengan perubahan berlaku ke atas dirinya. Pada waktu sebegini juga sememangnya keadaan ibu agak berbeza daripada waktu biasa. Antaranya mungkin kehilangan selera makan dan mudah sensitif. Pada ketika ini suami hendaklah memahami keadaan isteri dengan sentiasa berada di sisi dan memberi dorongan kuat kepadanya.

PENDIDIKAN SELEPAS KELAHIRAN

AMALAN-AMALAN SUNAT

Demi mendapatkan anak-anak yang soleh, Islam telah menganjurkan kepada ibu bapa untuk melakukan beberapa amalan dari awal lagi. Islam telah menetapkan peraturan tertentu semasa menyambut kelahiran bayi iaitu dengan melakukan amalan-amalan sunat seperti berikut:

i. AZAN DAN IQAMAT

Selepas anak selamat dilahirkan, ia hendaklah segera diazankan ditelinga kanan dan diiqamat ditelinga kiri sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesiapa yang baru melahirkan anaknya lalu diazankan di telinga kanan dan diiqamat di telinga kirinya nescaya anak tersebut akan terhindar daripada penyakit sawan dan angkara syaitan” (HR Abu Ya’la). Dalam satu riwayat oleh Abu Rafi yang bermaksud: "Aku melihat sendiri Rasulullah mengazankan Hasan bin Ali di telinganya ketika dia baru dilahirkan oleh Fatimah”. (HR Bukhari dan Muslim)

Inilah kunci pertama untuk memastikan pendengaran anaknya mendengar kebesaran Allah SWT apabila pertama kali keluar sebagai khalifah di bumi ini.

ii. MEMBELAH MULUT (TAHNIK)

Tahnik mulut bayi dengan kurma atau makanan yang manis merupakan sunnah Nabi SAW.

iii. PENYUSUAN

Susu ibu merupakan makanan semula jadi bayi. Ia membina kesihatan dan tenaga. Ia juga makanan rohani dan akhlak yang memberi kesan kepada seluruh keperibadian anak, mengalirkan aliran pemikiran dan sikap yang baik ke dalam diri bayi melalui setiap titisan air susu ibu.

iv. MEMBERI NAMA

Tanggungjawab ibu bapa juga ialah memberi nama anak-anak dengan nama yang baik sebagaimana hadis Nabi SAW yang bermaksud: “Tugas dan tanggungjawab bapa terhadap anaknya ialah memperelokkan nama anaknya dan juga adabnya” [Hadis Riwayat al-Baihaqi]

v. BERCUKUR

Menggunting rambut bayi merupakan sunnah Rasulullah SAW yang dilakukan ketika bayi berusia 7 hari. Rambut tersebut hendaklah ditimbangkan dengan wang perak yang kemudiannya disedekahkan kepada fakir miskin mengikut berat timbangan rambut yang digunting tersebut.

vi. AQIQAH

Hukum Aqiqah ialah sunat yang sangat dituntut (muakkad). Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud : Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ke 7, dicukur rambutnya dan diberi nama.”[Hadis Riwayat Ahmad]

vii. BERKHATAN

Berkhatan termasuk sunnah Rasulullah SAW. Sabda Nabi SAW mengenainya yang bermaksud: “Berkhatan itu sunat bagi kaum lelaki dan suatu penghormatan kepada kaum wanita.” [Hadis Riwayat At- Tabrani]

Peringkat pendidikan kanak-kanak menurut Rasulullah SAW

Rasulullah s.a.w. membahagikan pendidikan anak selepas kelahiran ini kepada empat tingkatan, iaitu:

1. UMUR 1-7 TAHUN.

Pada masa ini, Rasulullah menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih yang tidak bertepi dan sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak pada masa ini bermandikan kasih sayang.

2. UMUR 7-14 TAHUN.

Kanak-kanak lazimnya akan belajar/mengikut berdasarkan pemerhatian iaitu apa yang dilakukan oleh individu di sekelilingnya terutama dari ibu bapanya. Pada masa ini Rasulullah memerintahkan kita untuk mula menanamkan disiplin kepada anak-anak dengan mengajar dan memerintahkan mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah 10 tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya apabila enggan mengerjakan solat. Rasulullah SAW telah bersabda;

“Suruhlah anak kamu mengerjakan sembahyang apabila berumur 7 tahun, dan pukullah mereka (jika mereka enggan) apabila berumur 10 tahun, dan asingkan tempat tidur mereka”. (HR Ahmad & Ab Daud)

Berdasarkan kajian pakar-pakar ilmu jiwa anak, pada umur 7-14 tahun ini adalah masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibunyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran) kerana pada peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Diriwayatkan dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak ialah seperti mengukir sesuatu pada batu”.

Oleh itu ibu bapa hendaklah:-

a) Menanamkan asas-asas keimanan

b) Berlaku adil terhadap kanak-kanak dalam memberi kasih sayang, pendidikan, makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

c) Mengasuh kanak-kanak dengan lemah lembut dan bersopan santun.

d) Mempamerkan akhlak yang mulia dan terpuji.

e) Mendidik kanak-kanak ke jalan yang diredhai Allah SWT.

f) Bertanggungjawab mencipta sebuah rumahtangga yang aman bahagia untuk didiami oleh kanak-kanak.

g) Bertanggungjawab memberi pendidikan dan pelajaran yang berguna dan menghantar mereka ke sekolah-sekolah.

h) Mengajar anak-anak mengerjakan sembahyang, mengaji al-Quran dan melatih anak-anak berpuasa.

3. UMUR 14-21 TAHUN.

Pada masa ini, orang tua sudah menukar penanaman disiplin dengan cara yang agak keras kepada cara rasional. Orang tua perlu mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punya tanggungjawab dan telah dewasa sehingga perlu mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

Setelah remaja, ajaran-ajaran agama Islam yang berkaitan dalam bidang syariah, aqidah dan akhlak perlu diajar secara terperinci kepada anak-anak di peringkat umur begini supaya mereka mengetahui, memahami dan dapat menghayatinya. Seterusnya perkara-perkara baik dan betul tersebut dapat diimplementasikan dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan demikian mereka tidak akan mudah terpengaruh dengan ajaran-ajaran yang menyeleweng, amal ibadat dan akhlak mereka akan terpandu dengan betul.

Ibu bapa pada masa kini dilihat seolah-olah mengambil sikap lepas tangan dan membiarkan anak mereka melintasi alam remaja berlalu begitu sahaja tanpa mengambil tahu pergolakan yang dihadapi oleh anak mereka dengan alasan sibuk dengan tugasan di pejabat. Sebagai ibu bapa, mereka perlu mengetahui bahawa masa remaja ialah masa peralihan zaman dari alam kanak-kanak menuju ke alam dewasa. Pada masa ini, kanak-kanak tidak lagi dianggap kanak-kanak dan tidak juga orang dewasa. Peralihan zaman alam kanak-kanak menuju alam dewasa adalah suatu masa yang penting kepada remaja kerana pada masa ini mereka akan menentukan konsep dirinya atau siapakah diri aku atau suatu proses menentukan konsep jati diri pada dirinya

4. UMUR LEBIH 21 TAHUN.

Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa. Dalam kehidupan kita selaku Muslim, kadang-kadang pendidikan yang diajarkan oleh Rasul itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali. Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sampai berumur 14 tahun dan baru mula mengajar/menyuruhnya solat pada umur 15 tahun sehingga mereka bukan saja enggan melakukannya, bahkan marah kepada ibu bapanya apabila disuruh sembahyang. Apabila seorang anak enggan melaksanakan kewajipannya yang tertinggi, iaitu solat, maka perintah siapa yang akan dia dengar dan lakukan? Pada hal hakikat solat mampu mencegah seseorang. untuk tidak melakukan perbuatan keji dan mungkar.

Dapat disimpulkan bahawa perbuatan samseng yang dilakukan oleh pelajar muslim di sekolah mereka, sebenarnya terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan tidak berperanannya hikmah solat dalam diri mereka yang berpunca daripada cara mendidik yang salah. Sebahagian orang tua ada yang menanamkan pendidikan disiplin kepada anak secara membuta-tuli tanpa melihat umur dan perkembangan kedewasaan anak sehingga anak berasa dizalimi oleh orang tuanya dari segi hak-hak tertentu. Natijah dari sikap seperti ini akan menjadikan anak-anak jauh dari orang tua dan menganggap rumah sebagai penjara, lalu mereka terdorong untuk mencari ketenangan di luar rumah.

Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain.

7 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang

Ditulis oleh Pn Zaidah Bt Hamidon

Rabu, 13 Januari 2010 16:06


Menurut Datuk Dr. Haji Mohd fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah s.a.w. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap pertama:Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal

1. Kaedah pesanan dan arahan.
Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :
• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan dan lain-lain.

2. Kaedah Bercerita
Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas.
3. kaedah Soal jawab
Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

4. Kaedah merujuk pengalaman lalu
Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalaman ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibar oleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunya mereka berwaspada dengan peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah nasihat dan teguran
Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah bermain dan bergurau
Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting


7. Kaedah latihan yang berterusan
Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :

a. Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya

tugas yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b. Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.


Sumber majalah Wanita November 2005 oleh Noraishah Ismail

Pembinaan peribadi Kanak-kanak

Setiap ibu bapa dan semua guru ingin membina anak supaya menjadi orang yang baik, mempunyai kepribadian yang kuat dan sikap mental yang sehat dan akhlak yang terpuji. Semuanya itu dapat diusahakn melalui pendidikan, baik formal maupun informal. Setiap pengalamaan yang dilalui kanak-kanak, baik melalui penglihatan, pendengaran maupun perlakuan yang diterimanya akan ikut menentukan pembinaan peribadinya.

Kedua ibu bapa adalah pembinaan peribadi yang pertama dalam hidup anak. Keperibadian ibu bapa, sikap dan cara hidup mereka, merupakan unsur-unsur pendikikan yang tidak langsung, yang dengan sendirinya akan masuk kedalam peribadi anak yang sedang dalam pertumbuhan. Perlakuan ibu bapa terhadap anak tertentu dan terhadap semua anaknya, merupakan unsur pembinaan lainnya dalam peribadi anak, perlakuan keras, akan berlainan akibatnya daripada perlakuan yang lembut dalam peribadi anak.

Hubungan kedua ibu bapa sesama mereka sangat mempengaruhi pertumbuhan jiwa anaknya. Hubungan yang serasi, penuh pengertian, dan kasih sayang, akan membawa kepada pembinaan peribadi yang tenang, terbuka dan mudah di didik, keranan ia mendapat kesempatan yang baik untuk bertumbuh dan berkembang, tapi hubungan orang tua yang tidak serasi, banyak perselisihan akan membawa akan tersebut kepada pertubuhan peribadi yang sukar dan tidak mudah dibentuk, kerana ia tidak mendapat suasana yang baik untuk berkembang, sebab selalu terganggu oleh suasana orang tuanya. Disamping itu banyak lagi pengalaman-pengalaman anak, yang mempunyai nilai pendidikan baginya, iaitu pembinaan tertentu yang dilakukan oleh orang tua terhadap anaknya, baik melalui latihan-latihan, perbuatan, misalnya kebiasaan dalam makan-minum, buarng air, mandi, tidur dan sebagainya. Semuanya tiu termasuk pembinaan peribadi anak.

Guru agama mempunyai tugas yang cukup berat, iaitu ikut membina peribadi anak disamping mengajarkan pengetahuan agama kepada anak. Guru agama harus memeperbaiki peribadi anak yang telah terlanjur rusak, keranan pendidikan dalam keluarga. Guru agama harus membawa anak mendidik semuanya kepada arah pembinaan peribadi yang sehat dan baik. Setiap guru agama harus menyadari, baik segala sesutu pada dirinya akan merupakan unsur pembinaan bagi anak didik. Disamping pendidikan dan pengajaran yang dilaksanakan dengan sengaja oleh guru agama dalam pembinaan anak didik,juga yang sangat penting dan menentukan pula adalah keperibadian, konsep dan cara hidup guru itu sendiri, bahkan cara berpakaian, cara bergaul, berbicara dan menghadapi setiap masalah yang secara langsung tidak nampak hubungannya dengan pengajaran, namun dalam pendidikan atau pembinaan peribadi si anak, hal itu sangat berpengaruh.

Sekolah darjah adalah merupakan dasar pembinaan peribadi anak. Apabila pembinaan peribadi anak terlaksana dengan baik, maka si anak akan memasuki masa remaja dengan mudah dan pembinaan peribadi di masa remaja itu tidak akan mengalami kesukaran. Akan tetapi, apabila anak tersebut tidak bernasib baik, dimana pembinaan peribadi di rumah tidak terlaksana dan di sekolah kurang membantu, maka ia akan menghadapi masa remaja yang sulit dan pembinaan peribadinya akan sangat sukar. Pendidikan agama di sekolah darjah satu pun, merupakan awal pembinaan sikap dan jiwa pada kanak-kanak.

Perkembangan Agama pada Anak

Perkembangan Agama pada Anak sangat ditentukan oleh pendidikan dan pengalaman yang dilaluinya, terutama pada masa-masa pertumbuhan yang pertama dari umur 0—12 tahun. Seorang kanak-kanak yang pada masa itu tidak mendapat didikan agama dan tidak pula mempunyai pengalaman keagamaan, maka ia nanti setelah dewasa akan cederung kepada sikap negatif terhadap agama.

Seperti biasanya agama masuk kedalam peribadi kanak-kanak bersamaan dengan pertumbuhan peribadinya, iaitu sejak lahir, bahkan lebih dari itu, sejak dalam kandungan. Kerana dalam pengamatan ahli jiwa terhadap orang- orang yang megalamai kesukaran kejiwaan, tampak bahawa kedaan dan sikap orang tua ketika anak tersebut dalam kandungan telah mempunyai pengaruh terhadap pertumbuhan jiwa anaknya di kemudian hari. Kanak-kanak mula mengenal Tuhan melalui orang tua dan lingkungan keluarganya.

Kata-kata, sikap, tindakan dan perbuatan orang tua, sangat mempengaruhi perkembangan agama pada anak tersebut. Sebelum anak tersebut dapat berbicara, dia telah dapat melihat dan mendengar kata-kata, walaupun belum mempunyai arti baginya, namun pertumbuhan agama telah mulai ketika itu. Kata Allah akan mempunyai erti sendiri bagi anak tersebut, sesuai dengan pengamatannya terhadap orang tuanya ketika mengucapkannya. Allah akan bererti Mahakuasa, Maha penyayang dan lainnya. Kata Allah tadinya tidak mempunyai erti apa-apa bagi anak, mulai mempunyai makna sesuai dengan apa yang di tanggapinya dari ibu bapanya. Demekianlah seterusnya terhadap srmua sikap, tindakan dan cara hidup ibu bapa yang dialami oleh kanak-kanak dalam umur-umurnya yang pertama itu.

Hubungan anak dengan kedua ibu bapanya, mmpunyai pengaruh dalam perkembangan agama anaknya, kanak-kanak yang merasakan hubungannya sangat hangat dengan orang tuanya, merasa bahawa ia disayangi dan dilindungi, biasanya akan mudah menerima kebiasaan orang tuanya dan selanjutnya akan cederung kepada agama, akan tetapi hubungannya yang kurang serasi, penuh ketakutan dan kecemasan, akan menyebabkan sukarnya perkembangan agama pada anak.

Oleh kerana itu, guru agama terutama menghadapi tugas yang amat berat dalam pengembangan agama kanak-kanak. Satu kelas, yang terdiri dari 15-20 orang, akan membawa sikap sendir-sendiri, sesuai dengan pengalamannya dirumah, maka akan terdapatlah antara 15-20 macam sikap dan pengalaman kanak-kanak tentang agama. Ada diantaranya yang telah mempunyai sikap positif yang banyak dirumah, sehingga sikapnya terhadap pendidikan dan guru agama akan positif pula.

Hanya guru agama yang pandai dan bijaksanalah yang dapat memperbaikan dan mendekatkan semua anak kearah perkembangan agama yang sehat. Dia dapat mendidik anak yang telah bertumbuh baik itu, memperbaiki yang kurang baik dan selanjutnya membawa mereka semua kepada perkembangan yang diharapkan. Tentu saja itu tidak mudah, kecuali kalau guru agama itu mempunyai bekal yang cukup. Bekal pertama adalah peribadi guru agama itu sendiri, dia harus mempunyai peribadi yang dapat dijadikan contoh dari pendidikan agama yang akan dibawakannya kepada kanak-kanak.

Dia harus mempunyai sifat-sifat yang diharapkan dalam agama (jujur, berani dan sebagainya). Kepercayaannya kepada agama tercermin dalam peribadinya. Perlakuannya terhadap anak didik menyenangkan, kasih-sayangnya yang sehat dan membangun terlihat dalam menghadapi anak didik yang bermacam-bermacam itu.

Bekal kedua adalah pengertian dan kemampuannya untuk memahami perkembangan jiwa anak serta perbezaan perorangan antara seorang anak dan lainnya. Selanjutnya guru agama juga harus menguasai ilmu-ilmu alat seperti didaktik, metode dan sebagainya, seperti yang diperlukan oleh setiap guru yang ingin berhasil dalam tugasnya mendidik anak. Sudah tentu peguasaannya terhadap ilmu yang akan diajarkannya kepada anak itu harus cukup baik. Diantara perlu diingat dan selalu diselalu disedari oleh guru agamm ialah kanak-kanak pada umur-umur sekolah dajah sedang dalam pertumbuhan kecerdasan cepat. Khayal dan fantasinya sedang subur dan kemampuan untuk berfikir logis sedang dalam pertumbuhan.

Hendaknya guru agama mendekatkan ajaran gama itu kedalam kehidupan kanak-kanak sehari-hari. Dekatkanlah akan kepada Tuhan, dengan menunujukkan sifat pengasih dan penyayang.

Tingkah laku Pendidikan pada Kanak-kanak

Hendaknya setiap pendidik menyadari bahawa dalam pembinaan pendidik anak sangat diperlukan tingkah laku dan latihan-latihan yang cocok dan sesuai dengan perkembangan jiwanya. Kerana dengan tingkah laku dan latihan tersebut akan membentuk sikap tertentu pada anak, lama-lama sikap itu akan bertambah jelas dan kuat, akhirnya tidak mudah tergoyahkan, kerana telah masuk menjadi bahagian dari peribadinya.

Untuk membina kanak-kanak supaya mempunyai sifat-sifat terpuji, tidaklah mungkin dengan penjelasan pergertian sahaja, akan tetapi perlu membiasakannya untuk melakukan yang baik yang diharapkan nanti dia akan mempunyai sifat-sifat itu, dan menjadi sifat tercela. Kebiasaan dan latihan itulah yang membuat dia cenderung kepada melakukan yang baik dan meninggalkan yang kurang baik.

Demikian pula halnya dengan pendidikan agama, semakin kecil umur si anak, hendaknya semakin banyak latihan dan membiasakannya pada agama, dan semakin bertambah umurnya, hendaklah semakin bertambah pula penjelasan dan pengertian tentang agama itu diberikan sesuai dengan perkembangan keceerdasannya. Pembentukan sikap, pembinaan moral dan peribadi pada umumnya, terjadi melalui pengalaman sejak kecil. Pedidikan pertama adalah orang tua, yang kedua guru. Semua pengalaman yang dilalui oleh anak tersebut semasa kecilnya, akan merupakan unsur penting dalam pembentukan peribadinya.

Beberapa Hal yang perlu diingat oleh Guru

Setiap guru jangan lupa bahawa unsur terpenting dalam pendidikan disekolah, hari depan anak didik tergantung banyak kepada guru. Guru yang pandai, bijaksana dan mempunyai keikhlasan dan sikap positif terhadap pekerjaannya akan dapat mebimbing kanak-kanak didik kearah sikap yang positif terhadap pelajaran yang diberikan kepadanya dan dapat membina sikap positif yang diperlukan dalam hidupnya kemudian hari.

Guru juga tidak lupa, bahawa kanak-kanak yang datang kesekolah untuk belajar, belum tentu atas kemauannya sendiri, mungkin hanya memenuhi keinginan orang tuanya. Sehingga ia terpaksa mendengar keterangan guru dengan hati yang tidak terbuka. Jika guru menyadari hal itu, ia akan berusaha membaiki sikap jiwanya terhadap tugas berat yang telah menjadi tanggung jawabnya. Disamping itu guru harus meningkatkan pengetahuannya tentang berbagai ilmu yang diperlukan dalam tugasnya, supaya ia dapat membuat anak yang tidak berminat belajar menjadi berminat dan ingin mengikutinya, serta dapat memupuk dan mengembangkan sikap-sikap yang perlu dalam pembinaan masa depan kanak-kanak.

Keperibadian pendidik

Para pendidik akan menggantika ibu bapa mereka dan memainkan peranan mendidik dari pada pelbagai aspek sama ada duniawi dan ukhrawi. Ibnu Shanun memberikan beberapa syarat yang jelas kepada mereka yang ingin mengajar. Terdapat beberapa aspek yang harus dimiliki oleh seorang pendidik iaitu:

Ø Hafaz al-Quran, mengetahui hukum-hukum wakaf dan tartil

Ø Mengetahui ilmu fiqh, agar mampu mengajar anak-anak untuk sholat

Ø Menguasai bidang kaligrafi

Ø Membaca buku-buku sejarah warisan, memberi kesempatan kepadanya sebagai hafalan dan pemahaman kepada anak didik.

Daripada huraian di atas, jelaslah kepada kitaa bahawa standard ilmiah seseorang guru bergantung kepada pengusaan mereka pada budaya masyarakat. Seseorang pendidik berperanan membantu para pelajarnya supaya dapat meberikan manfaat bukan sahaja kepada keluarganya malahan kepada masyarakat.

Kesimpulan

Dalam konteks keluarga jelaslah bahawa Islam sangat menitikberatkan tentang pendidikan yang bermanfaat dan berdisiplin dalam mendidik kanak-kanak dengan pendidikan yang betul dan baik, daripada lahir hingga dewasa, daripada memilih calon isteri hingga kelahiran bayi yang sagat dinantikan. Dengan adanya didikan yang betul mengikut ajaran Islam maka seorang kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa hingga dewasa akan menjadi insan sholeh dan sholeha. Kerana proses pendidikan adalah bermula daripada kecil hingga akhir hayat. Sekiranya proses pendidikan anak tidak begitu sempurna maka, susahlah kita akan mendidik anak tersebut nantinya pada zaman dewasa.

Seperti yang dikatakan oleh Rasulullah dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibunyalah yang akan menjadikannya Yahudi, Nasrani atau Majusi. Pada tahap ini ajarilah dengan sebutan kalimah-kalimah suci Allah (al-Quran) kerana pada peringkat usia kanak-kanak mereka akan mudah mengingat apa yang diajar. Diriwayatkan dalam satu hadis Rasulullah SAW bersabda maksudnya; “Apa yang dipelajari oleh kanak-kanak ialah seperti mengukir sesuatu pada batu”.

Begitu juga seorang guru yang ingin menjadi pendidik yang mempunyai keunggulan peribadi ilmu yang mantap haruslah membekalkan dirinya untuk menjadi contoh bagi anak murid nya, dengan ilmu yang mantap akan dapat menghasilkan buah yang baik dari segi akhlaknya maupun pengetahuan. Dan setiap kepribadian guru akan menjadi contoh kepada para pelajar-pelajar.

Setiap guru jangan lupa bahawa unsur terpenting dalam pendidikan disekolah, hari depan anak didik tergantung banyak kepada guru. Guru yang pandai, bijaksana dan mempunyai keikhlasan dan sikap positif terhadap pekerjaannya akan dapat mebimbing kanak-kanak didik kearah sikap yang positif terhadap pelajaran yang diberikan kepadanya dan dapat membina sikap positif yang diperlukan dalam hidupnya kemudian hari.

Jelaslah bahawa dalam dunia pendidikan amat menitikberatkan kepada nilai-nilai moral, akhlak untuk menjadikan insan itu menjadi seorang yang berpengetahuan dan berakhlak mulia.

No comments:

Post a Comment